Wednesday, April 8, 2009

PENYAKIT TIBI

APAKAH PENYAKIT TIBI ?


Tibi merupakan sejenis penyakit yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN jika tidak dirawat.


Tibi disebabkan oleh kuman halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat hanya denganmenggunakan mikroskop.

Kuman Tibi biasanya menyerang PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh terjejas.

Tibi Paru-paru (atau TlBI PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan manusia.

BAGAIMANA TIBI MEREBAK?

Tibi merupakan sejenis penyakit SEBARAN UDARA.

Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif itu batuk.

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk.

Setiap kali batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman
Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk beberapa ketika.


Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.


GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI


Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.

Kahak mungkin mengandungi darah.


Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.

Mudah letih dan berasa lemah.

Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.

Hilang selera makan.

Kurang berat badan.



BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU MENGESAN TIBI PULMONARI?

Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman Tibi.

Ujian kahak boleh dijalankan di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.

X-ray dada mungkin boleh membantu.


RAWATAN TIBI

Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya

RAWATAN HARIAN SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.

* Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.


Jika rawatan ini diikuti SECARA TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.


BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?


IMUNISASI BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.

Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun kebawah.


Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.


Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu.

Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.


NASIHAT UMUM


Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.


Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang sempurna mencegah Tibi dari merebak


Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.

Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.


BERTINDAKLAH SEGERA


Rawatan segera menyelamatkan nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit


SOURCE: http://htaanet.50megs.com

55 comments:

  1. good info.. first time husband kene tibi, nak kene cari bahan byk2 utk elakkan jangkitan kepada org lain..

    ReplyDelete
  2. nak tanya, hubungan suami isteri masih boleh diteruskan ke??..

    ReplyDelete
  3. Abang saya baru disahkan ada penyakit tibi. Menakutkan.

    Salah satu soalan yang ditanya doktor ialah adakah abang saya ada berdekatan/ bekerja dengan pekerja-pekerja asing kerana mereka adalah pembawa penyakit ini.
    Tak sangka penyakit ini ada lagi di negara kita ini. Kita kena berjaga-jaga!

    ReplyDelete
  4. isteri baru disahkn terkena penyakit TB.tma ksh bnyk2 4 the info.

    ReplyDelete
  5. nk check at at hspital ne ye???...krajaan or swasta???

    ReplyDelete
  6. sya dmam selesema dlm smngu,,
    btuk dan skit di dada,,
    di tulang blakang dan urat sya pon mngalami ksakitan,,
    adakah ini pon tanda-tanda pnyakit tibi..

    ReplyDelete
  7. good info...

    boleh lebih waspada lepas nie....hehehe

    ReplyDelete
  8. kalo di malaysia, pg IPR (intitut perubatan respiratori) hospital kat jln pahang, kuala lumpur check sana. i kena TB confirm dari doctor smlm, skrg kena makan ubat tiap2x hari dihospital depan nurse. doctor tak pasti lg mane 1 ubat yg sesuai bg sya kalo tak dpt sembuh dlm 6 bulan kena suntik backside tiap2x hari, takutlah...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg mcm mne keadaan??dah sembuh ke??

      Delete
  9. adik saya sedang menerima rawatn, tiap hari mkn ubt selama 2 bulan, ubt tu dlm 8 biji sehari..mudah2an cpt sembuh. amin..doktor sentiasa pantau pemknan ubt dia.kwn2 doakan dia pat sembuh ya

    ReplyDelete
  10. info yg bagos... skng ni saya nak tanya,adakah saya boleh melakukan kerja2 berat atau aktif bersukan?

    ReplyDelete
  11. ibu sya juga mgalami pyakit ni...mudah2han sembuh..amin...

    ReplyDelete
  12. i pernah mengalami TB 7 thn lalu....x sangka jugak bleh kena...i dpt rwatan kat pusat respiratori kl...alhamdulillah 6 bln kemudian sembuh..

    ReplyDelete
  13. saya tengah kena tibi skrg...mmg x best n memboringkan betul penyakit ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, mmg x best bro. Ak tgh kene skg ni. Damnn

      Delete
  14. saya pun alami penyakit ni...sangat menyakitkan..sekarang makan ubat 11 biji setiap hari selama 3 bulan, sebab masa kena dah teruk...kesan ubatnya pula..sakit sendi, gatal2...x best betul...

    ReplyDelete
  15. salam, saya nk ty pesakit TB ni wpun dh makan ubat selama 48 hari berturut2 mmg akan alami demam yang kerap dan muuntah2 ke? tlg salesaikan persoalan saya =)

    ReplyDelete
  16. [Update: Anonymous - February 21, 2012 2:40 PM]

    sy dh makan ubat tb selama 110 hari, masih belum sembuh lgi, masih ada darah dikahak, pinggang masih sakit2x, dada masih ada sakit sikit2x. penyakit tb tak bole sembuh 100% doktor kata...byk lagi doktor pun tak bole jawap...ish :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berubat kampung kena pergi juga. Jumpa ustaz selalu minta air penawar..

      Delete
  17. dh makan ubat lebih dari 170 hari skrg. sakit dh semaking kurang. hanya sedikit sakit dipinggang (mcam jarum cucuk) kulit keris, gatal di tangan dan kaki...masih batuk lagi, kahak warna hijau, putih, coklat. bila nak sembuh nih...haiii :(

    ReplyDelete
  18. ada ka sakit tibi berkait bgan saraf,,,,

    ReplyDelete
  19. huhu~ doktor kata sy dah 90% pulih....tak perlu makan ubat lagi...

    ReplyDelete
  20. saye mungkin d sah kan mengidap penyakit tibi sya nak tanye apakah sye bleh d sembuhkan lagi sekira nya saye sah mangidap penyakit tersebut

    ReplyDelete
  21. @ericsonlive walkman. pg hospital check betul betul dulu. penyakit tibi boleh diubati diperangkat awal. kalau dah teruk tak boleh lah, tunggu mampus je.

    ReplyDelete
  22. saya lagilah kerja terus kat wad tibi macam-macam org jumpa takut gal.dalam wad bukan penyakit tu aje..hiv,kencing manis,cre mcm2 lglh

    ReplyDelete
  23. Ada tak ubat kat farmasi ke yg boleh kita senang dapat..apa nama ubat 2...saya pun mengalami penyakit ni..risau n tak sampai ht tgk anak2 tak dpt bersama mcm dulu..batuk adalah penghalang semua..ada info tak ubat apa yg bleh buat sembuh cepat tanpa tunggu 6 bulan..

    ReplyDelete
  24. cuba makan supliment transfer faktor..kwn saya sembuh dlm masa kurang seminggu..

    ReplyDelete
  25. Suami saya bg kat kwn dia hari jumaat..so..jumaat dia start makan..2 biji malam..2 biji siang..slama 3 hari makan..isnin jumpa doktor sahkan kuman TB sudah tiada lg dalam kahak dia..supliment tu tiada kesan sampingan..malah membantu meningkatkan sistem imun badan kita utk melawan penyakit..berminat nak tahu..0163714797

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tuk info ni..6 bln mcm dalam tahanan..

      Delete
    2. Btul Ke Ada Ubat Lain Senang Sembuh.. Tp dr Info Mcm Suspect TB Je.. Org Lain Nk Sembuh Kne Ccuk 6Bln @ Ubat 6Bln.. X Sembuh Lg Tmbah Dos Ubat Smpai Sethn.. Jk Tk Sembuh Jgk Kubur Ckp Dtg Rmh Ckp Get Out U !!!.. HahahaA

      Delete
    3. Apa nama supliment tu tolong jawab

      Delete
  26. Kat mn nak beli ubat ni..hr ni hr pertama saya mkn ubat klinik..n baru disahkan..tlglah bagi info..nak sihat cepat...

    ReplyDelete
  27. Ubat TB tidak boleh dibeli di farmasi. Ingat byk penipu berani kata makan mereka bolh ubati TB dlm 2minggu sembuh tapi semua tipu. Pg hospital kerajaan makan ubat yg diberi doctor dan dengar nasihat. Pastikan anda ikut arahan doctor jgn malas tak makan ubat! Aku dah 99% sembuh lepas makan ubat TB 6 bulan. Hari ni aku pg hospital doctor kata "tak perlu datang lagi" dh sembuh. :D

    ReplyDelete
  28. Ubat TB tidak boleh dibeli di farmasi. Ingat byk penipu berani kata makan ubat mereka boleh ubati TB dlm 2minggu sembuh tapi semua tipu. Pg hospital kerajaan makan ubat yg diberi doctor dan dengar nasihat. Pastikan anda ikut arahan doctor jgn malas tak makan ubat! Aku dah 99% sembuh lepas makan ubat TB 6 bulan. Hari ni aku pg hospital doctor kata "tak perlu datang lagi" dh sembuh. :D

    ReplyDelete
  29. PAK MERTUA DISAHKAN KENA PENYAKIT NI...TAPI DIA MACAM TAK KISAH DENGAN ORANG LAIN...MASK TAKNAK PAKAI...RIMAS KATANYA...ADUH...AKU RISAUKAN ANAK2 YANG BARU NAK MEMBESAR...

    ReplyDelete
  30. Adik kna tb klnjar...doc kt xbjngkit....
    Tp 1 family diarahkn buat test..
    Tgk2 mak and 2 org adik lg pun kna jugak...aduiiiii...
    Skrg i plk batuk berdarah dlm kahak...hmmmm... risau org lain pon djgkiti nnti...

    ReplyDelete
  31. beliau sa bru d sah kan kna pyakit tibi paru paru sa btul risau dgn keadaan diri bliau,yg mrisaukan sa adalah anak2.

    ReplyDelete
  32. Pg td I bru pergi ke klinik kerajaan.I kena wt semua ujian tb.keputusan kena tgu 7hb ni.I dh batuk dekat sebulan.skg suara I langsung xde.I betul2 risau skg.tp yg I xphm skg,selera mkn I bertambah,x demam,x menggigil,batuk xberdarah..tu pun masih lg sakit tb ke.lg pun I ada sakit asma.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Perkongsian yg sgt menarik. Ramai juga org kita tak tahu bahayanya penyakit tb ni. Tq yer utk sharing. :)

    ReplyDelete
  35. Boleh x suggest sy ubt tok pnykit tibi ni.tq

    ReplyDelete
  36. Hi semua. Sy skrg suspect tibi, tp belum tau result. Xray and blood test dah buat. Td batu ukur bengkak kat tangan. 11mm. Melebihi normal. :( sy hilang selera makan. Lemah dan lesu. Sy takut dan terlalu fikir agaknya. Sy risau camane nak keje nnt

    ReplyDelete
  37. Sy bru je di sah kn positif tb pd 2hb, sblm tu batuk bru je dlm 3 hr tp batuk yg agak kuatlh. Start ubat tb akurit 4 sbyk 4bj pd 3hb, batuk trus reda. Skrg dh genap smgu mkn ubat tb tu. Peg prbtn kata kne tgu 2 mgu tuk check drh lg. Adakah btl slps 2 mgu pskit tb akn bebas dr kuman tb & x akn mnjangkiti org lain?

    ReplyDelete
  38. 1 kesan yg sy alami smnjak mkn ubat tb tu ialah rasa pening spjg hr. Adakah sape2 yg prnh mkn akurit4 tu alami kesan pening sprti sy? Mohon sape2 yg prnh mkn @ sdg mkn akurit4 mbrikan komen anda. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih pening2 ke?mak saya dia jadi mcm bengong..mamai-mamai...mcm xsedar

      Delete
  39. Saya baru disahkn dijangkiti tibi...batuk selama 3 bln on off n. Ujian kahak pertama sy xde kuman tu...tp trbaru xtray fail ada cavity n sy kne buat ujian kahak lg n mantoux test dua ujian ni positif...now hari kedua mkn ubat...alhamdulilah xde kesan sampingan lg...sy pn xtahu tahap keberapa sbb xde batuk berdarah cuma batuk brkahak n kemuncak sesak nafas n suara hilang..sy pn xdpt nk pastikn sbb sy xbrpeluh mlm,selera spt biasa,berat kekal cuma letih sbb lps batuk degupan jantung laju.... air kencing menakutkn warna merah darah....hahhaha

    ReplyDelete
  40. saya baru disahkan penyakit tb minggu lps..skrg sy just follow mkn ubat tiap2 hari dari doktor, alhamdulillah skg kesihatan sy rasa ok sikit dari sblum ni slpas follow ubat.Sebelum ni batuk kuar darah mcm air paip.

    ReplyDelete
  41. Hai nk tny..dlu 6 thun lps sye disuspek tibi ..then ikot rwtan xsmpai 6bln doc kate dh smbuh
    .but now disah kan tibi bawu mgikuti rwtan sbgai sakit tibi ...dah mkn ubt tuk 3 ari..tpi btuk mkin kerap..skit kat dada makin sakit n kahak bertkr warna lagi gelap ..adkh ni tnda bhya??huhuhu..

    ReplyDelete
  42. apakah kesan-kesan sampingan selepas menghabiskan ubat tibi or setelah result negatif? ada tak yg seperti saya suka makan masam dan banyak makan? mohon pencerahan. sebabnya, semasa menghidap penyakit ti still positif saya xda selera makan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  43. Terima kasih mmg informasi tentang penyakit tibi skrg baru tau

    ReplyDelete
  44. sy sudah sebulan lbh makan ubat tibi. Hari ke 31 stlh makan ubat tibi, batuk saya berkurangan dan jarang. Namun masalah kahak berdarah berlaku pada setiap hari.. Kenapa masalah tersebut berlaku?. Adakah itu normal?

    ReplyDelete