Showing posts with label ANWAR. Show all posts
Showing posts with label ANWAR. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Perisian antivirus

Perisian antivirus




Pembuat perisian keselamatan Norton, Symantec Corp. baru-baru ini mengumumkan kemunculan perisian antivirus terbaru edisi game, Norton AntiVirus 2009 Gaming Edition. Ia direka khusus untuk komuniti pemain game.

Daripada perlindungan aset berikutan permainan game yang dimainkan oleh ramai pengguna sehinggalah kepada serangan malware, Norton AntiVirus 2009 Gaming Edition tidak akan berkompromi demi pengalaman permainan game yang optimum.

Antara ciri utama yang ditawarkan oleh Norton AntiVirus 2009 Gaming Edition ialah:

Mod Pemain Baru

Mod ini sentiasa menyediakan fungsi perlindungan namun dalam masa yang sama tidak mengganggu anda ketika dalam permainan. Ia memberhentikan seketika aspek kekinian, perhatian dan aktiviti-aktiviti latar belakang permainan. Ia akan secara automatik berfungsi dalam mod skrin penuh.

Penjadualan pintar

Ia memberhentikan seketika tindakan-tindakan intensif seperti pengimbasan sistem semasa komputer dalam keadaan idle.

Perlindungan terkemuka industri daripada virus, spyware, cecacing, Trojans, bot dan laman web yang dijangkiti.

Tetapan sekuriti

Ia bagi membolehkan pemain game mencapai prestasi dan perlindungan yang seimbang dengan apa yang mereka kehendaki.

Prestasi yang dimiliki membolehkan proses instalasi dilakukan di bawah satu minit, menggunakan memori kurang daripada 6 megabait, menambah kurang daripada satu saat bagi tempoh boot dan purata tempoh imbasan kurang daripada 35 saat. Harganya yang ditawarkan di pasaran ialah RM129 bagi sebuah komputer peribadi (PC). Sehingga 27 Februari ini, pengguna boleh mendapatkannya pada harga istimewa iaitu RM79.


source: www.kosmo.com.my

Saturday, August 2, 2008

AWET MUDA

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat anda takut untuk menghadapi masa tua.


Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.



Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.



Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.



CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

  1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

  2. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.

  3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

  4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

  5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

  6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

  7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

  8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

  9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

  10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.
Semoga mendapat manfaat.


ARTICLES SOURCE: http://blogmacammacam.blogspot.com


P/S: KALAU ANDA ADA PETUA AWET MUDA BOLEH TULIS KAT RUANGAN KOMEN DIBAWAH ATAU E-MAIL KAT NAZA_KKM@YAHOO.COM .....TQ

Wednesday, July 30, 2008

AKSI TERLAMPAU

Budak bikin aksi terlampau


Oleh Mohd Azam Shah Yaacobmohdazam@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Ibu bapa gempar apabila klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ yang memaparkan aksi ‘main-main seks’ sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebar secara meluas di seluruh negara.Klip video selama 30 saat itu memaparkan sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai berusia lapan tahun cuba melakukan adegan seks dengan melucutkan pakaian selain berciuman.


Paparan aksi lucah itu dipercayai diambil dari atas sebuah bangunan terbiar, namun tidak dapat dipastikan sama ada membabitkan kanak-kanak di negara ini.Namun, perbuatan pelakon cilik terbabit jelas memaparkan masalah sosial masa kini berikutan kanak-kanak tertarik untuk mencuba melakukan hubungan seks dipercayai kerana terlalu banyak menonton VCD dan DVD lucah.


Harian Metro pada 25 Julai lalu melaporkan pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak permainan seks dengan saudara-mara berikutan ketagih menonton VCD lucah.
Pengedaran klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ itu didedahkan seorang pekerja swasta, Fahmi Mohd Aslan, 19, yang menghubungi Harian Metro, semalam.


Menurut Fahmi, dia memperoleh klip video itu daripada jiran yang bersekolah menengah dan sangat terkejut apabila perlakuan itu bukan dilakukan orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak dipercayai berusia lapan tahun.“Dua minggu lalu, saya berjumpa rakan yang menyatakan terdapat klip video aksi pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan cuba melakukan seks.“Saya yang tidak mempercayai kata-katanya kerana menyangka ia hanya gurauan kemudian terperanjat apabila menyaksikan klip video itu,” katanya yang percaya klip video itu tersebar secara berleluasa di seluruh negara melalui e-mel dan telefon bimbit.


Sementara itu, seorang bapa, Azman Salleh, 41, yang ditemui Harian Metro, berkata dia tidak menyangka klip video berkenaan memaparkan aksi ‘main-main seks’ kanak-kanak.“Setahu kita, kebanyakan klip video membabitkan remaja tetapi kini, kanak-kanak yang langsung belum mencapai tahap baligh,” katanya.Katanya, pasangan kanak-kanak itu mungkin meniru apa yang dilihat mereka seperti bahan lucah atau iklan atau program televisyen yang mempunyai unsur lucah.“Pendedahan kanak-kanak terhadap bahan seperti itu akan menyebabkan mereka tertarik untuk mencubanya kerana mungkin ia sesuatu menyeronokkan.“Mungkin juga mereka terlihat perlakuan ibu bapa tanpa sengaja,” kata Azman yang mempunyai tiga anak.


Malah, dia mengakui risau dengan penyebaran klip video itu kerana boleh menjadi tontonan kanak-kanak lain.“Yang menjadi kerisauan saya juga ialah kanak-kanak dipergunakan pihak tertentu untuk mencari keuntungan,” katanya.Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Faizah, pula menyebut paparan dalam klip video terbabit membuktikan keruntuhan moral golongan muda masa kini yang terlalu bebas dan gemar berpeleseran di tempat awam tanpa segan silu.


Katanya, faktor kemajuan negara tanpa kawalan ketat memungkinkan kanak-kanak didedahkan dengan kecanggihan teknologi tanpa pemantauan daripada ibu bapa.“Tengok kebanyakan remaja kini yang berpakaian menjolok mata ibarat tak cukup kain nak pakai...itu sudah cukup membuktikan bahawa ibu bapa sendiri tidak kisah mengenai anak mereka dan apa yang dilakukan.


“Apa perlu yang dihairankan jika kini kanak-kanak seawal usia lima tahun pun sudah mula menonton dan menggayakan aksi terlampau terbabit,” katanya yang menempelak sesetengah pihak, terutama ibu bapa yang mengabaikan anak kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan.Bagi mengatasi masalah terbabit, Faizah meminta masyarakat kembali kepada pegangan agama yang ternyata sudah banyak menyelamatkan individu bermasalah rendah moral.


ARTICLES SOURCE: http://www.hmetro.com.my

ANWAR AKAN DIDAKWA

Anwar akan didakwa



Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kertas siasatan sudah diserah kepada Peguam Cara Negara



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Difahamkan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijangka akan ditahan beberapa hari lagi.


Menurut sumber, Idrus akan mengetuai pendakwaan dan memutuskan sama ada Anwar akan didakwa kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedang disiasat berikutan dakwaan memalsukan bukti kes Anwar dipukul ketika ditahan pada 1998.


Difahamkan satu mesyuarat peringkat tertinggi diadakan di Putrajaya malam tadi untuk mengemaskinikan siasatan kes liwat itu.

Setiap langkah dan proses siasatan kes berkenaan dikatakan dirakam menggunakan video untuk membuktikan siasatan dilakukan mengikut undang-undang.


Perkembangan terbaru ini adalah lanjutan daripada laporan portal berita Malaysia Today kelmarin yang mendakwa laporan perubatan di Hospital Pusrawi Sdn Bhd yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid mendapati Mohd Saiful tidak diliwat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis tidak akan terpengaruh dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menggagalkan siasatan terhadap Anwar dan mengulangi laporan portal berita itu yang menyatakan tiada kesan liwat, tidak berasas.



Malah, katanya, polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek seperti dilaporkan Malaysia Today bertajuk ‘Doctor on the run: Police want him to fabricate evidence against Anwar’.

Pihak berkuasa perubatan pula menegaskan, pihaknya berpegang kepada hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu walaupun laporan perubatan ke atasnya di Hospital Pusrawi sebelum itu dilaporkan bocor.



Berikutan pendedahan laporan itu, Anwar dalam sidang akhbarnya semalam, meminta polis menghentikan segera siasatan dakwaan liwat terhadapnya.

Dalam pada itu, pengurusan Pusrawi menubuhkan jawatankuasa khas siasatan dalaman bagi menyiasat kesahihan laporan perubatan sulit, yang didakwa bocor itu.



Ismail, dalam satu kenyataan petang semalam, menegaskan polis menjalankan siasatan kes itu dengan profesional dan tidak akan menjawab semua tuduhan dilemparkan kepada pasukan itu kerana siasatan masih berjalan.

“Polis dalam apa cara sekalipun tidak akan terpengaruh atau diugut mana-mana pihak yang mahu menggagalkan penyiasatan kes ini,” katanya.


Laporan perubatan di Hospital Pusrawi yang didakwa dibuat oleh Dr Mohamed Osman itu, dikatakan mendapati Mohd Saiful tidak diliwat, tetapi polis kononnya memaksa beliau menukar laporan pemeriksaan bagi mengaitkan Anwar dalam kes itu.



Ismail berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana polis tidak menahan doktor terbabit atau memaksanya memalsukan bukti terhadap suspek.

“Laporan itu hanya berasaskan cakap dengar, bersifat spekulasi dan satu tuduhan tidak adil. Laporan itu berniat hanya untuk memesongkan persepsi pihak awam dan menjatuhkan polis. Polis menjalankan siasatan secara profesional dan pantas, bukan sebaliknya kerana kes ini menarik kepentingan awam.


“Polis sedar bahawa kes ini perlu dikendalikan secara adil serta saksama supaya pihak awam mempunyai keyakinan terhadap cara kita mengendalikannya. Jadi kita meminta orang ramai tidak terus membuat kesimpulan tanpa mengesahkan kebenaran sesuatu dakwaan,” katanya.

Ismail berkata, polis akan menyerahkan kertas siasatan serta mengemukakan bukti diperoleh sepanjang siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.



“Keputusan sama ada mahu mendakwa suspek berada sepenuhnya dalam tangan pihak Pejabat Peguam Negara,” katanya.


ARTICLES SOURCE: http://www.bharian.com.my