Showing posts with label FUEL. Show all posts
Showing posts with label FUEL. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

CALON BN DI PERMATANG PAUH

ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh

14-08-2008 12:19:30 AM


Oleh G. MANIMARAN, ZIEMAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

MOHD. NAJIB Tun Razak (kiri) mengucapkan tahniah selepas mengumumkan Arif Shah Omar Shah sebagai calon Barisan Nasional mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh di Seberang Jaya malam tadi. - foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD


source: http://mstar.com.my


P/S: apa pendapat anda tentang calon ini... bagi komen kat bawah...

Wednesday, August 13, 2008

FERRARI F430

Keunggulan Ferrari


Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan2hmetro.com.my


JENTERA berkuasa tinggi terkenal Itali, Ferrari F430 Scuderia sekali lagi menerima satu lagi koleksi anugerah apabila dinobatkan Kereta Sport Dua Tempat Duduk Terbaik oleh Majalah Fortune, baru-baru ini.

JENTERA berkuasa tinggi terkenal Itali, Ferrari F430 Scuderia sekali lagi menerima satu lagi koleksi anugerah apabila dinobatkan Kereta Sport Dua Tempat Duduk Terbaik oleh Majalah Fortune, baru-baru ini.


Lambang kuda gagah yang menjadi identiti pengeluar kenderaan mewah itu berjaya menewaskan 10 pesaingnya seperti Porsche, Chevrolet, Nissan, BMW, Jaguar dan Mercedes-Benz.


Menurut wartawan Fortune, Sue Zesiger Callaway, yang juga juri anugerah terbabit mengakui Ferrari F430 Scuderia jelas sebuah jentera yang lengkap dari segi pecutan, kuasa, kemewahan dan prestij.

“Jentera ini terlalu laju sehingga mampu mencatat masa hanya 3.5 saat untuk bergerak daripada pegun ke kelajuan 60 batu sejam (mph).

“Tambahan pula, bunyi ngauman enjinnya yang seksi, berbeza daripada jentera lain,” katanya.

Katanya, Ferrari seharusnya berterima kasih kepada bekas pelumba juara dunia Formula Satu (F1), Michael Schumacher dalam pembangunan semula Ferrari dalam dunia permotoran hari ini.

Dilengkapi enjin berkapasiti 4.3 liter lapan silinder (V8), Scuderia diakui sebagai kereta terpantas dalam keluarga Ferrari.


Selain reka bentuk badan yang ringan dan ditambah pula enjin berkuasa kuda 510hp, iaitu melebihi 30hp daripada enjin F430 asal, Scuderia hanya mengambil masa kurang 3.7 saat untuk mencecah kelajuan 100 kilometer sejam (km/j).

Peningkatan kuasa V8 ini disebabkan penggunaan enjin gentian karbon baru yang lebih ringan dan berkuasa selain penggunaan palam pencucuh daripada teknologi perlumbaan F1 Ferrari.

Bagi menunjukkan Scuderia kenderaan yang berciri eksklusif, dua jalur perlumbaan menghiasi badan kereta ini bermula dari bonet hadapan sehingga ke bahagian lampu belakang.


Kepantasan Scuderia ini turut dibantu penggunaan perisian terkini bagi pertukaran gear, kawalan kestabilan dan klac yang sama digunakan dalam teknologi perlumbaan F1.

Menurut Ferrari, Scuderia satu-satunya kenderaan keluarannya yang menggabungkan tiga sistem terkini daripada teknologi perlumbaan F1 di dalam satu kotak hitam pada enjin kenderaan terbabit.

Sementara itu, tempat kedua kategori sama diraih Porsche menerusi model 911 Turbo manakala tempat ketiga dimenangi Chevrolet Corvette.


Bagi kategori lain, Nissan GT-R berjaya menguasai tempat teratas bagi kategori jentera GT, BMW M3 (Coupe Saiz Kecil), Bentley Brooklands (Coupe Saiz Besar), Audi RS4 (Sedan Kecil), Jaguar XF Supercharged (Sedan Saiz Pertengahan), Mercedes-Benz S550 (Sedan Besar), Lexus RX400 h AWD (Wagon/Crossover), Porsche Cayenne GTS (SUV Saiz Pertengahan) dan Lexus LX 570 (SUV Saiz Besar).


SOURCE: http://www.hmetro.com.my

Saturday, August 9, 2008

FORUM MEMELUK ISLAM DIHENTIKAN

Forum Majlis Peguam tukar kecoh, dihentikan


09-08-2008 10:37:54 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ dan LEE YAN XIU

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam yang diadakan di sebalik demonstrasi kira-kira 500 orang di ibu negara pagi ini bertukar kecoh dan dihentikan sejam kemudian.


Ekoran bantahan dan usaha untuk merempuh bangunan Majlis Peguam, terpaksa dihentikan kira-kira pukul 10.02 pagi - selepas berlangsung selama sejam.

Ia diumumkan oleh Setiausaha Pekida Malaysia, Shahril Aziz yang menyatakan bahawa forum "ditutup' pada pukul 10 pagi.

Wartawan mStar Online melaporkan ada pertengkaran dan suasana tegang antara wakil beberapa NGO dan penganjur semasa perundingan diadakan untuk mengakhiri forum berkenaan.


Pasukan FRU juga diletakkan di luar bangunan Majlis Peguam untuk menghalang mana-mana pihak memasuki premis berkenaan.

Forum dimulakan kira-kira pukul 9 pagi di bangunan Majlis Peguam yang terletak di Jalan Tun Perak di sini.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi memasuki pejabat Majlis Peguam untuk berunding meminta forum itu dihentikan demi faktor keselamatan.

Beliau disertain wakil NGO kira-kira 15 minit.


Difahamkan pihak polis mahu forum ditamatkan pada pukul 10 pagi.

Tiada kecederaan dan tangkapan dibuat, kata polis.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Zulkifli Nordin pula berkata, pihaknya telah berjaya menghentikan forum tanpa unsur politik.

"Kita telah memberi amaran yang jelas kepada mereka dan tidak mahu forum seperti ini diadakan lagi.


"Kita telah bertindak secara aman dan bertamadun," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Mereka yang membantah forum itu turut merempuh bangunan Majlis Peguam ketika beberapa wakil NGO dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengadakan perundingan dengan penganjur meminta forum dihentikan pada pukul 10 pagi.


Terdahulu kira-kira pukul 7.50 pagi, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya akan meneruskan forum berkenaan.

"Ini hak kami dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai forum," kata beliau kepada pemberita.


Kumpulan yang membantah forum berkenaan, bertambah hingga kira-kira 500 orang menjelang pukul 9.30 pagi.

Demonstrasi diiringi laungan "hentikan forum" disertai ahli dna penyokong 29 pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya ialah Perkim, Persatuan Pengguna Islam, Pekida dan Kelab Umno Luar Negara.

Pemimpin PAS juga menyertai perhimpunan bantahan itu.


Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata, forum itu tidak seharusnya mempertikaikan Artikel 121(A).

Semalam. Naib Presidennya Ragunath Kesavan berkata forum itu tidak akan mempertikaikan Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Kebimbangan pihak tertentu termasuk beberapa menteri Kabinet seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan PAS diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.

Ragunath berkata objektif Majlis Peguam ialah untuk menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.


Panel penceramah terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.


Seorang penceramah telah menarik diri iaitu Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar.



ARTICLES SOURCE: http://mstar.com.my

Saturday, August 2, 2008

LOWER FUEL

Harga minyak turun lagi


SEORANG penunggang motosikal mengisi petrol dengan menggunakan botol di sebatang jalan raya kelmarin.


LONDON - Harga minyak mentah jatuh semalam ketika data ekonomi di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan berhubung permintaan perlahan di negara berkenaan, kata beberapa pedagang.


Minyak mentah light sweet untuk bulan September jatuh AS$1.57 (RM51.23) untuk diniagakan pada AS$122.51 (RM399.78) setong dalam dagangan elektronik.

Kelmarin harga itu menurun sebanyak AS$2.69 (RM8.77).


Minyak mintah Brent North Sea untuk bulan September menurun AS$1.68 (RM5.48) kepada AS$122.30 (RM399) semalam selepas merosot AS$3.12 (RM) kelmarin.


Kebimbangan mengenai keadaan eknomomi AS iaitu pembeli utama export global telah memaksa penurunan harga minyak mentah lebih AS$25 (RM81.58) sejak rekod harga mencatatkan melebihi paras AS$147 (RM479.70) setong pada 11 Julai lalu.

"Sentimen lebih ditumpukan terhadap permintaan yang perlahan berbanding gangguan bekalan jangka pendek," kata seorang penganalisis strategi komoditi, Mark Pervan.


Jabatan Perdagangan AS melaporkan ekonomi AS berkembang 1.9 peratus dalam suku kedua berbanding jangkaan 2.3 peratus.

Ia turut menilai semula pertumbuhan suku keempat pada tahun lalu kepada 0.2 peratus.

"Ia mengesahkan kisah permintaan yang perlahan di AS," kata Pervan. - AFP




ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my



P/S: APA PENDAPAT TTG HARGA MINYAK DUNIA SEKARANG ADAKAH IA AKAN TURUN ATAU NAIK SEMULA. SILA BG KOMEN KAT BAWAH ATAU E-MAIL NAZA_KKM@YAHOO.COM ..... TQ