Thursday, September 11, 2008

PERIKSA GLUKOSA SENDIRI

Periksa glukosa sendiri

Ia adalah satu cara yang berguna untuk menguruskan diabetes anda. Tetapi bagaimana?


PEMERIKSAAN glukosa adalah sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri. - Gambar hiasan


KADAR kelaziman diabetes di seluruh dunia kian meningkat dan memerlukan kos rawatan yang tinggi terutamanya bagi golongan yang mengalami komplikasi diabetes.


Pengurusan dan pengawalan diabetes bukan hanya bergantung pada rawatan perubatan sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek lain. Antaranya, pemakanan yang teratur, seimbang dan sihat, senaman yang konstan, kawalan berat badan, tidak merokok dan patuh pada jadual lawatan turutan dan hadir untuk pemeriksaan darah.

Berjumpalah dengan pakar kesihatan profesional jika timbul sebarang kemusykilan.


Pemeriksaan sendiri Ia adalah satu cara yang berguna untuk menguruskan diabetes anda. Penghidap diabetes dinasihatkan menjalani pemeriksaan sendiri bagi memperoleh tahap glukosa dalam darah yang normal setiap masa.

Biasanya apa yang anda rasa bukanlah satu petunjuk yang baik untuk mengenal pasti tahap glukosa dalam darah anda.

*Kandungan gula yang ada dalam darah adalah lebih penting.


*Meter glukosa dalam darah yang digunakan akan memberi keputusan gula dalam darah dengan segera melalui bacaan mmol/L.

*Keputusan ini amat penting untuk melakukan pengubahsuaian dalam aspek pemakanan, dos suntikan insulin, langkah tindakan segera jika berlaku hipoglisemia (glukosa dalam darah rendah) dan seumpamanya.


Cara-cara* Sebelum makan

Diuji pada awal pagi, sekurang-kurangnya lapan jam berpuasa dan sebelum bersarapan pagi.

Sasaran: <>

* Selepas Makan

Diuji dua jam selepas makan.

Sasaran: <>


METER glukosa boleh diperoleh di pusat-pusat sumber atau farmasi.


Pemeriksaan sendiri ini hanya menggambarkan bacaan tahap glukosa pada masa pemeriksaan sahaja. Ia tidak menggambarkan kawalan keseluruhan diabetes anda.

Untuk mengetahui tahap kawalan keseluruhan diabetes, anda harus menjalani pemeriksaan darah HbA1c.

Bacaan HbA1c adalah dalam bentuk peratusan kerana ia menggambarkan peratusan tahap glukosa yang melekat pada dinding sel darah merah anda.

Biasanya dilakukan di makmal perubatan hospital.

Siapa yang memerlukan?*Semua penghidap diabetes.


*Pemeriksaan dan pemantauan sendiri ini amat penting terutamanya bagi penghidap diabetes yang menerima rawatan suntikan insulin, mengandung, pengidap yang selalu mendapat komplikasi seperti hipoglisemia (glukosa rendah) dan hiperglisemia (glukosa tinggi).

*Meter glukosa boleh diperoleh di pusat-pusat sumber diabetes dan farmasi-farmasi. Dapatkan khidmat nasihat mengenai penggunaan peralatan meter glukosa dalam darah dan cara-cara untuk mengubah cara pemakanan dan dos insulin anda.


Kekerapan Ia bergantung kepada tahap kawalan glukosa, jenis rawatan yang diterima, sebarang komplikasi dan kemampuan dari segi ekonomi.

Jika penghidap diabetes menerima rawatan insulin, pemeriksaan seharusnya dilakukan setiap kali sebelum suntikan insulin atau mengikut arahan doktor.


Walaupun diabetes tidak boleh disembuhkan ia boleh dikawal dan pesakit boleh meneruskan kehidupan harian seperti orang normal.

nnn Rencana ini disumbangkan oleh SHAREEN NUI dengan kerjasama ACCU-CHEK ROCHE DIAGNOSTICS.

No comments:

Post a Comment