Diagnosis, komplikasi dan rawatan Diagnosis tepat boleh dilakukan dengan dua cara iaitu ujian kultur darah (pada minggu pertama selepas demam) atau kultur najis. Bagaimanapun, cara ini jarang dilakukan kerana ia tidak praktikal. Menurut Dr Lim, komplikasi demam tifoid jarang berlaku. Kebanyakan pesakit segera berjumpa doktor kerana gejala demam tifoid menyebabkan mereka berasa lemah, tidak bertenaga, sakit perut dan kepala sehingga menjejaskan aktiviti harian. Namun jika dibiarkan dan tidak mendapat rawatan segera, demam tifoid boleh menyebabkan: “Kematian akibat demam tifoid tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dirawat dengan mudah melalui pengambilan antibiotik seperti ampicilin, trimethorprim-sulfametahoxale dan ciproflaxin. “Pesakit akan menunjukkan kesan positif dalam masa dua hingga tiga hari selepas mengambil antibiotik. Pesakit yang gagal mendapat rawatan pula boleh mengalami demam sehingga berbulan lamanya. “Jangkitan bakteria demam tifoid tidak hilang walaupun gejalanya tiada. Penyakit boleh muncul kembali dan berjangkit kepada orang lain,” katanya. Selain mengamalkan kebersihan ketika menyedia, memasak dan menyimpan makanan, penyebaran bakteria ini boleh dihentikan melalui pengambilan vaksin. Ketika ini pengambilan vaksin diwajibkan ke atas semua pengendali restoran atau gerai makanan. Namun, masalah boleh timbul kerana banyak pengusaha mengambil pekerja sambilan yang tidak mendapat suntikan vaksin tifoid. Malah, kita juga perlu lebih berhati-hati apabila membeli juadah berbuka kerana risiko mendapat jangkitan bakteria S typhii sentiasa ada. Beli makanan daripada gerai bersih dan penjualnya turut mengambil langkah dalam memastikan juadah dijualnya selamat iaitu menggunakan bekas makanan bertutup, senduk bersih dan berasingan bagi setiap jenis makanan serta tidak mengambil makanan (contohnya kuih) dengan tangan. Jika anda diserang demam tifoid dan mendapat rawatan, beberapa langkah penting perlu dipatuhi iaitu: Cara mengelak demam tifiod: |
Monday, September 15, 2008
DEMAM TIFOID
Gejala demam tifoid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hey! You some type of professional? Great message.
ReplyDeleteCan you tell me how one can subscribe your blog?
my blog - why am i not getting pregnant