PETUA ORANG TUA-TUA
1. Bawang kilatkan kuku:
Setiap wanita harus menjaga kecantikannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Begitu juga dengan penjagaan kuku. Kuku yang pucat dan kotor akan mencacatkan kecantikan seorang wanita. Untuk merawat kuku yang pucat dan pudar ini, ambil seulas bawang putih, buang kulitnya, pecahkan bawang itu. Setelah itu sapukan pada kuku, lakukan seminggu tiga kali, sehingga kuku anda kelihatan bersih dan bermaya.
2. Pisang hilangkan angin ahmar:
Digalakkan makan pisang sekurang-kurangnya sebiji pisang bersaiz besar sehari kerana ia mampu menghindarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penyakit angin ahmar. Ini kerana pisang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dan mengurangkan kebekuan darah dalam tubuh manusia. Pisang juga mempunyai kandungan yang boleh bertindak sebagai penyahakidan dalam badan manusia.
3. Epal menghaluskan kulit wajah:
Epal bagus menghaluskan kulit iaitu dengan cara dicuci bersih dan dimakan dengan kulitnya. Buah ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghaluskan kulit iaitu dengan memblendkan buah yang telah dikupas lalu disapukan pada muka.
4. Daun bunga raya lembutkan rambut:
Ambil 10 helai daun bunga raya dan bersihkan, setelah itu ramas dengan dua gelas air sehingga keluar lendirnya, setelah itu sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit. Anda akan berasa kulit kepala sejuk dan nyaman, setelah itu bilas dengan air bersih. Keringkan rambut dengan tuala bersih. Lakukan semunggu tiga kali.
5. Putih telur licinkan kulit:
Bersihkan muka dan keringkan, setelah itu pecahkan sebiji telur ambil putihnya, kemudian sapukan putih telur di semua bahagian muka. Biarkan kering beberapa minit, setelah itu bersihkan dengan air suam. Lakukan sehari sekali sebelum tidur, kulit akan menjadi lebih halus dan licin.
6. Daun serai segarkan saraf:
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentunya berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda, anda boleh gunakan daun serai, daun pandan serta daun nangka dan direbus dengan air sebanyak dua besen sedang. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku, setelah itu gunakan untuk mandian. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut sehingga anda pulih semula. Buat macam ibu yang baru bersalin.
ARTICLES SOURCE: http://mfariz.wordpress.com
No comments:
Post a Comment