USM hasilkan plastik reput enam tahun
PULAU PINANG 4 Julai - Seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan produk berasaskan plastik yang mesra alam dan mampu terurai serta boleh dikitar semula.
Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Bahan Sumber Mineral USM, Prof. Dr. Hanafi Ismail berkata, produk itu adalah yang pertama di dunia dan dihasilkan dengan kos rendah.
''Penemuan melalui kajian bioteknologi sejak tiga tahun lepas mendapati bahan sisa buangan daripada plastik dan getah berpotensi menghasilkan produk berasaskan plastik yang mampu terurai dan boleh dikitar semula.
''Keistimewaan plastik itu juga ia mampu terurai dalam tempoh tiga hingga enam bulan berbanding plastik yang dihasilkan berasaskan petroleum yang memakan masa hampir 100 tahun untuk terurai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Produk tersebut berjaya memenangi Pingat Emas pada Pertandingan Reka Bentuk, Inovasi, Reka Cipta Industri dan Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2008) di ibu negara, Mei lepas.
Dr. Hanafi menjelaskan, plastik yang dihasilkan ini hanya menggunakan 15 peratus bahan buangan daripada plastik dan getah yang dicampur bahan kimia tertentu.
Beliau berkata, penyelidikan juga menunjukkan plastik tersebut mempunyai kekuatan sama dengan plastik menggunakan petroleum sebagai bahan utamanya.
Menurut beliau, pihaknya masih dalam perbincangan dengan sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah untuk mengkomersialkan produk tersebut.
articles source: http://www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment