'Suami tidak kisah saya bogel'
JELITA: Carla Bruni menghiasi kulit majalah Vanity Fair yang berada di pasaran semalam dan turut berkongsi kisah perkahwinannya dengan pemimpin Perancis itu.
Isteri dakwa Presiden Perancis suka gambarnya dedah tubuh ketika jadi modelPARIS: Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy berkata suaminya tidak marah apabila mendapat tahu yang beliau pernah bergambar bogel ketika bekerja sebagai model dulu. "Kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka hanya kerana kerjaya lalu saya, termasuk gambar bogel saya," katanya dalam wawancara dengan edisi terbaru majalah Vanity Fair yang berada di pasaran mulai semalam.
Bruni berkata beliau mengumpulkan gambar bogelnya yang lama dan menunjukkannya kepada Presiden Nicolas Sarkozy pada awal perhubungan mereka dan menyatakan, "anda mesti tahu mengenai ini sebab lambat laun ia akan didedahkan." Reaksi Presiden itu ialah "Oh, saya suka yang ini! Boleh saya dapat sekeping gambar ini?" Bruni dipetik sebagai memberitahu majalah berkenaan.
Super model berusia 40 tahun itu berkahwin dengan Sarkozy, 53, Februari lalu, selepas bercinta dengan presiden berkenaan. Album terbarunya As if nothing had happened mula dijual bulan ini.
Sementara itu satu laporan lain mendakwa jelitawan berbakat itu sememangnya kepingin mempunyai anak bersama Sarkozy. "Saya sememangnya mahukan anak dan hanya masa dan keadaan diri ini yang menentukannya." Bagaimanapun Bruni menegaskan, beliau sama sekali tidak berminat untuk mencuba pelbagai program rawatan kesuburan dan teknik bantuan perubatan untuk mendapatkan zuriat.
"Jika saya ada anak, biarlah secara semula jadi. Saya pasti gembira mampu memberikan anak yang comel buat suami tersayang. Tetapi jika apa yang diingini itu tidak menjadi, saya sama sekali tidak berhasrat untuk mencuba pelbagai rawatan kesuburan yang ada.
"Saya tidak akan berasa kecewa atau sedih kerana kehidupan selama ini sudah terlalu indah untuk dikesali," katanya. Bruni juga tidak menafikan yang beliau sememangnya tidak sebulu dengan bekas isteri kedua Sarkozy, Cecilia.
"Sudah pasti saya mahu keluar makan bersamanya. Tetapi biarlah, kerana Cecilia mahu pun suami juga tidak bersedia dengan kemungkinan itu. Saya tahu, mereka berdua masih dalam proses mengubati luka akibat perceraian itu." Sementara itu, satu laporan lain menyatakan album terbaru Bruni melonjak ke senarai teratas carta lagu negara itu pada minggu pertama jualan rekodnya, kata seorang penganalisis industri muzik tempatan.
Album berkenaan menarik paling banyak perhatian berikutan ia adalah yang pertama dihasilkan model kelahiran Itali itu sebelum beralih kerjaya sebagai bintang pop selepas menjalin hubungan dengan Sarkozy.
Album baru berjudul Com me si de rien n'etait (Bagaikan tiada apa terjadi) dan dikeluarkan menggunakan nama 'Carla Bruni', mula diedar kan di pasaran 11 Julai lalu selepas mendapat publisiti besar-besaran. Kumpulan penganalisis yang mencatat jualan rekod Perancis dikenali SNEP berkata bermula 13 Julai jualan album Bruni mengatasi Viva la Vida, nyanyian kumpulan pemuzik British, Coldplay. SNEP, bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah al bum yang dijual. AP/AFP
ARTICLES SOURCE: http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment