Macam-macam: PM Australia keturunan pencuri seluar dalam
CANBERRA: Sejarah baru keluarga Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, mendedahkan beliau adalah keturunan pencuri seluar dalam kanak-kanak dan penjenayah yang dihantar ke Australia dari England kerana mencuri sepaket gula.
Gereja Mormon Australia memperuntukkan lebih setahun menyelidik sejarah keluarga Rudd, dan membentangkan kajiannya kepada Rudd semalam. Gereja yang beribu pejabat di Salt Lake City di Amerika Syarikat itu sudah lama memegang reputasi kerana kecemerlangan dalam penyelidikan keturunannya.
Ia mendapati Rudd, seperti kebanyakan rakyat Australia lain, mempunyai nenek moyang penjenayah. - Reuters
ARTICLES SOURCE: http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment