Thursday, August 7, 2008

PETUA MAKANAN KITA

Petua: Merangupkan Kentang Goreng


SELEPAS dikupas kulitnya, basuh dan potong sebelum gaulkan kentang dengan garam secukupnya sehingga rata.

Kemudian masukkan kentang itu ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan antara satu dan dua jam hingga kentang kering.

Selepas itu gorenglah kentang menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Ia pasti rangup seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.

Petua: Kurangkan Masin Makanan


PERTAMA, ambil kertas surat khabar yang tebal sedikit atau beberapa helai kertas surat khabar dan letakkan di atas periuk atau kuali yang sedang dimasak.

Kedua, masukkan beberapa kentang ke dalam lauk yang sedang dimasak dan biarkan kentang empuk. Lauk akan menjadi kurang masin kerana kentang menyerap garam yang berlebihan.


Petua: Nasi Lembik



BAGI mengatasi masalah ini, ambil sebiji kentang, buang kulitnya, basuh dan hiriskan. Kemudian masukkan ke dalam nasi tadi.

Biarkan selama lima minit kemudian angkat.

Cara lain ialah menggunakan roti bantal. Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada keadaan nasi.

articles source: http://www.hmetro.com.my



No comments:

Post a Comment